suria

Mourinho Mengaku Lemah Tanpa Dia

JOSE Mourinho mengakui Manchester United sedang melalui tempoh tanpa pemain penting yang tidak disangka penyokong.

Jurulatih kelahiran Portugal itu turut menganggap United berada pada minggu yang lemah selepas terpaksa melupakan khidmat Marouane Fellaini.

Menurutnya, ramai yang tidak tahu bertapa pentingnya Fellaini dalam skuadnya sehingga ia mampu memberi kesan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Pemain Belgium itu mengalami kecederaan betis ketika membantu skuad negaranya menang ke atas Greece minggu lalu.

Berikutan itu dia tidak dapat menjalani latihan persediaan bagi perlawanan antara United menentang Stoke Sabtu lalu.

"Fellaini tidak berlatih pada Ahad, dia seorang pemain penting untuk saya. Lebih penting daripada apa yang kamu bayangkan.

"Saya terasa lemah tanpa Fellaini dalam skuad kami. Tidak penting sama ada dia di bangku simpanan atau atas padang. Jika keadaannya kembali pulih dia pasti akan dipilih.

"Dia mendapat masalah ketika mewakili skuad kebangsaan Belgium, sebab itu dia tidak dapat bersama kami," jelas Mourinho.

Manchester United, Fellaini

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain