suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Ungguli Bintang Fifa 18

Cristiano Ronaldo. Foto AP

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengekalkan gelaran Electronic Arts (EA) sebagai pemain mendapat penarafan paling tinggi dalam Fifa 18 selepas EA Sports menyenaraikan 100 bintang bagi permainan video itu tahun ini.

Pengumuman yang dibuat pada Isnin itu menyaksikan Ronaldo mendapat penarafan 94 secara keseluruhan oleh pembangun permainan video sukan itu.

Ia merupakan jumlah yang sama diterima pemain skuad kebangsaan Portugal itu menerusi permainan video berkenaan tahun lepas.

Penarafan Ronaldo hanya lebih satu mata berbanding pencabarnya dari kelab Barcelona, Lionel Messi yang mendapat 93.

Rakan sepasukan Ronaldo, Sergio Ramos dan Toni Kroos turut disenaraikan dalam kedudukan 10 tertinggi permainan Fifa. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan La Liga Sepanyol

Artikel Lain