suria

Crystal Palace Minat Hodgson

CRYSTAL Palace memilih bekas pengurus England untuk mengambil alih jawatan Frank de Boer.

Palace dilaporkan dalam persediaan untuk melantik Hodgson walaupun ada sebelum ini turut mengintai Sam Allardyce.

De Boer dipecat pada Isnin setelah menguruskan kelab selama 77 hari dengan kontrak tiga tahun apabila mencatat keputusan tewas empat perlawanan liga awal musim ini.

Rekod itu menjadikan Palace kelab England pertama yang gagal mengutip sebarang mara selepas Preston 93 tahun dulu.

Difahamkan bahawa Hodgson akan menerima tawaran pertamanya itu selepas meletak jawatan daripada pasukan England sebaik sahaja tamat saingan Euro 2016.

Palace sebelum ini mahu melantik kembali Allardyce yang meninggalkan kelab Mei tahun lalu.

"Saya telah berbincang dengan Steve Parish (pengerusi kelab) dan memberitahunya belum bersedia untuk kembali.

"Saya belum berasa selesa untuk menguruskan mana-mana pasukan setakat ini dan hanya menikmati hidup yang penuh kenangan.

"Dia tidak menawarkan kerja, tetapi hanya menanyakan pendapat," ujar Allardyce.

Roy Hodgson, Crystal Palace

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ederson Tunjuk Muka 'Berjahit'

Artikel Lain