suria

Bale Boleh Ubah Nasib United - Giggs

LEGENDA Manchester United, Ryan Giggs percaya kehadiran bintang Real Madrid, Gareth Bale ke Old Trafford mampu mengubah nasib pasukan itu di pentas Liga Juara-Juara.

United akan berdepan pasukan Switzerland, FC Basel pada temasya berprestij itu, awal pagi Rabu.

Gigss menegaskan anak buah Jose Mourinho masih terlalu jauh untuk memenangi saingan itu musim ini tetapi kehadiran Bale akan membantu United menjadi salah sebuah pasukan digeruni.

"Anda lihat pada skuad sedia ada Manchester United dan jika anda tertanya-tanya jika mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara? Adakah mereka ada pemain untuk memenangi perlawanan itu?

Gareth Bale.

"Mereka kekurangan pemain seperti Bale ketika ini. Anda ada Paul Pogba dan Romelu Lukaku, pemain berpotensi Marcus Rashford dan David de Gea. Jika anda tambah pemain seperti Bale, harapan United untuk menang amat tinggi.

"Sudah tentu Mourinho pernah memenangi trofi itu sebelum ini tetapi sama ada kita dapat memiliki pemain seperti itu suatu hari nanti, saya tidak tahu," kata Giggs.

Pada masa sama, Giggs memuji prestasi cemerlang Los Blancos sejak dua tahun lalu dan kagum dengan barisan pemain hebat yang dimiliki mereka.

Bale diangkat sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia apabila menjaringkan 55 gol dalam 103 aksi La Liga sejak menyertai Real dari Tottenham pada 2013.

Pemain kebangsaan Wales itu dikaitkan dengan perpindahan ke United pada musim panas lalu tetapi memilih untuk kekal di Madrid kerana mahu memenangi lebih banyak trofi bersama kelab La Liga itu.

Gareth Bale, Ryan Giggs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Crystal Palace Minat Hodgson

Artikel Lain