suria

Ronaldo Nampak Kesusahan Messi

-fotoAFP

BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo menjangkakan Lionel Messi akan 'bergelut' menjalani hari-hari yang sukar tahun ini.

Real telah mengatasi rakan La Liga mereka dari segi urusan perpindahan pemain musim panas ini.

Barcelona kehilangan Neymar yang berhijrah ke Paris Saint-Germain dan kemudian gagal mendapatkan Philippe Coutinho dan Angel Di Maria.

Tidak hairanlah skuad kendalian Zinedine Zidane ini terus menjadi pasukan pilihan juara Sepanyol.

Portal Sepanyol Don Balon mendakwa Cristiano Ronaldo menjangkakan nasib Barcelona akan mempengaruhi persembahan Messi yang kecewa dengan apa yang melanda kelab pada musim panas.

Kedua-dua pemain sering bersaing bagi meraih anugerah individu paling berprestij di dunia, saling bersaing anugerah Ballon d'Or setiap tahun sejak legenda AC Milan Kaka memenangi hadiah tersebut pada 2007.

Dan Don Balon mendakwa Ronaldo merasakan 'kekurangan'  Barcelona akan mengganggu impian Messi untuk memenangi gelaran Piala Dunia 2018 di Rusia, anugerah La Liga dan juga anugerah individu.

Bagi bintang Real itu, dia merasakan tidak ada apa-apa lagi yang perlu dibuktikannya.

Dia telah memenangi Kejohanan Eropah bersama Portugal tahun lepas.

Peluangnya dengan Real untuk meraih kejayaan dalam saingan domestik juga jauh lebih tinggi berbanding rakan sejawatnya di Barcelona itu.

Bagimanapun harapan Portugal dan Argentina untuk layak ke Piala Dunia masih belum pasti.

Portugal kini berada di tangga kedua Kumpulan B walaupun memenangi tujuh daripada lapan perlawanan kumpulan.

Sementara itu, Argentina berada di kedudukan kelima dalam kumpulan kelayakan Amerika Selatan di belakang Peru dengan perbezaan gol.

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain