suria

Arsenal Yakin Sanchez Kekal, Lemar 'Masuk'

Thomas Lemar

ARSENAL dilaporkan yakin dapat menandatangani Thomas Lemar pada Januari, malah tidak perlu menjual Alexis Sanchez ke Manchester City.

Pemain antarabangsa Perancis itu dikatakan telah bersetuju dengan kontrak selama lima tahun untuk bersama Gunners dengan gaji £250,000 seminggu dan mungkin menjadi pemain termahal kelab dengan nilai £92 juta.

Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan menolak kelab tersebut sebelum ini kerana lebih berminat untuk bersama Liverpool.

Tetapi selepas jendela perpindahan ditutup Lemar akhirnya kekal bersama Monaco kerana Liverpool juga gagal mencapai kata sepakat untuk mendapatkannya.

Daily Star bagaimanapun kini mendakwa pemain itu mungkin bertukar fikiran dan lebih berminat dengan tawaran Arsenal.

Laporan itu menyatakan bahawa Arsenal berusaha gigih untuk menguruskan perpindahan Lemar pada hari terakhir perpindahan musim panas tetapi pemain itu terlibat dalam perlawanan dengan pasukan kebangsaan Perancis.

Pemain sayap itu menunjukkan permainan yang baik untuk negaranya apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Belanda.

Wenger pada masa itu tidak menolak kemungkinan menjual Sanchez jika dapat mencari pemain ganti, tetapi sekarang dia dilihat tidak akan kehilangan pemain Chile itu pada Januari ini dalam usaha untuk mendapatkan Lemar.

City tetap berminat dengan Sanchez dan dijangka akan membuat biadaan sekali lagi pada musim sejuk, tetapi Wenger percaya dia akan menandatangani kontrak baharu.

"Ada peluang untuk mengekalkannya, ya," kata Wenger.

"Dia komited dan memberi tumpuan kepada Arsenal. Itulah yang membuatkan saya percaya."

Thomas Lemar, Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Ronaldo Nampak Kesusahan Messi

Artikel Berikut

Artikel Lain