suria

Jangan Denda 'Mr Bean' Kami - Pochettino

PENGURUS Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino yakin isyarat lucah yang dibuat oleh pemainnya hanyalah gurauan.

Pochettino berharap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Dele Alli yang membuat isyarat lucah ketika aksi Kelayakan Piala Dunia England bertemu Slovakia Isnin lalu.

Alli didakwa membuat kelakuan itu kepada pengadil Clement Turpin namun dia memberitahu isyarat itu ditujukan kepada rakan baiknya, Kyle Walker dan ia dianggap sebagai gurauan oleh kedua-dua pemain England itu.

Walker membandingkan simbol 'satu jari' sebagai tanda hormat seperti yang dibuat oleh pelawak terkenal Rowan Atkinson yang berlakon sebagai Mr Bean.

"Ia hanya satu gurauan. Dan betul ia bukanlah contoh terbaik tetapi bukan menjadi isu besar. Lihat Mr bean. Semua orang ketawa mengenainya.

"Dele hanya bergurau dengan Kyle Walker! Kita perlu tapis Mr bean," jelas Pochettino.

Hotspurs, Dele Alli

Artikel Sebelum

Zidane Mahu Gaya Terbaik

Artikel Berikut

Zlatan Tayang Jersi

Artikel Lain