suria

Zidane Mahu Gaya Terbaik

REAL Madrid dilihat bekerja keras dalam persiapan menjelang aksi  La Liga musim ini.

Pengurus kelab, Zinedine Zidane terus memberi peringatan kepada pemain-pemainnya supaya bermain lebih baik daripada Barcelona.

Cristiano Ronaldo dan rakan-rakannya akan meneruskan saingan untuk mempertahankan gelaran dengan menerima kunjungan pertama Levante ke Santiago Bernabeu.

Zidane berharap skuadnya akan memberi keceriaan kepada semua 70,000 penyokong dengan mengutip tiga mata pada perlawanan Sabtu ini.


Bos Los Blancos itu juga mendedahkan perancangannya untuk terus meminta pemainnya mengekalkan corak penguasaan bola ketika perlawanan termasuk pesaing utama mereka, Barcelona.

"Saya mempunyai ramai pemain yang luar biasa dan mahu pasukan bermain dengan baik.

"Saya ingin melihat gaya terbaik pemain dan seterusnya lebih banyak penguasaan daripada pihak lawan, walaupun bertemu Barcelona," jelasnya kepada Bein Sports.

Real Madrid, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain