suria

Romelu Lukaku Dedah Sebab Tolak Antonio Conte

ROMELU Lukaku mendedahkan sebab dia memilih untuk berada di bawah Jose Mourinho berbanding Antonio Conte yang baru memenangi Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea.

Penyerang Manchester United itu berkata, hasrat untuk bermain di bawah kendalian Mourinho adalah keinginan sejak remaja.

Walaupun pernah dijual jurulatih berkenaan, namun dia bersyukur kerana kembali menjadi pilihan Mourinho di kelab lebih besar.

Berikutan itu, penyerang Belgium itu kini berazam untuk membuatkan Mourinho kagum dengan aksinya di United.

Lukaku kembali bersama Mourinho di Old Trafford dengan perpindahan bernilai £75 juta.

Tindakan pemain berkenaan turut mengejutkan Chelsea kerana Lukaku hampir melangkah kembali ke Stamford Bridge sebelum memilih United.

"Saya ingin bermain di bawah Mourinho sejak berusia 11 tahun lagi, oleh itu apabila mendapat peluang kedua saya tidak berkata tidak.

"Mourinho masih sama seperti di Chelsea, dia mahu semua pemain menjadi yang terbaik setiap hari.

"Dia tidak pernah memberi peluang untuk kami berehat di atas padang dan mahu kami terus berusaha walaupun ketika latihan, itu yang buat saya kagum.

"Di luar padang dia seorang yang mesra. Dia seorang yang mahu mendengar dan itu juga yang buatkan saya suka tentang dirinya," jelasnya.

Chelsea, Antonio Conte, Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain