suria

Kelab EPL Sepakat Isu Jendela Perpindahan

KELAB Liga Perdana Inggeris mengundi untuk menutup jendela perpindahan sebelum musimnya susulan isu kontroversi sehingga membangkitkan kemarahan kelab gergasi di Manchester.

Jendela perpindahan akan ditutup pada Khamis, 9 Ogos tahun depan sebelum bermula kempen 2018-2019.

Ia diputuskan dalam satu mesyuarat yang dibuat antara 20 kelab, di London pada Khamis.

Ia dianggap sebagai berisiko kerana pihak asing masih boleh mendapatkan para pemain Liga Perdana Inggeris selepas jendela perpindahan ditutup, dengan kelab Eropah lain mempunyai baki tiga minggu untuk melakukannya.

Seorang eksekutif liga mengutuk langkah itu dengan menganggap ia seperti 'Brexit' dan berkata keputusan merupakan kelebihan buat pesaing, terutama di Sepanyol.

Lima kelab iaitu Manchester United, Manchester City, Crystal Palace, Swansea dan Watford membuat undian, manakala Burnley berkecuali.

Menurut satu kenyataan: "Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris telah bersetuju jendela perpindahan musim panas dalam mana-mana tahun akan berakhir pada pukul 5 petang pada Khamis sebelum bermulanya musim baharu. 

"Ia adalah untuk kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sahaja dan tidak memberi kesan kepada liga dan saingan lain. 

"Jendela perpindahan pertama akan ditutup pada pukul 5 petang, Khamis, 9 Ogos 2018," menurut kenyataan itu. 

Ia susulan beberapa insiden perpindahan termasuk membabitkan pemain Arsenal, Alexis Sanchez dan Philippe Coutinho dari Liverpool sehingga menyebabkan ramai pengurus menggesa perubahan dibuat. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger Persoal Oxlade-Chamberlain

Artikel Lain