suria

Karier De Boer Seperti 'Telur Dihujung Tanduk'

FRANK de Boer berdepan dengan pemecatan sekiranya terus tewas pada aksi hujung minggu ini.

Masa depan pengurus Crystal Palace itu dianggap seperti 'telur dihujung tanduk' sekiranya tewas pada perlawanan keempat liga bertemu Burnley Ahad ini.

Pengendali dari Belanda itu gagal mengutip sebarang mata pada tiga perlawanan awal liga sebelum ini.

Bekas pemain pertahanan Barcelona itu diberi peluang satu lagi perlawanan bagi membuktikan dia layak memegang jawatan tersebut.

Bagaimana pun, apa sahaja keputusan yang akan dicapai di Turf Moor pada Ahad ini, hubungan pengurus dan kelab dilihat berada di penghujung apabila Palace sudah pun menyatakan pilihannya.

Sekiranya berlaku, kemungkinan Palace mahu memanggil kembali Sam Allardyce yang telah membantu skuad ini daripada tersingkir saingan liga musim lalu.

Dan sekiranya De Boer terpaksa meninggalkan Palace, dia bakal menjadi pengurus paling awal dipecat dengan hanya empat perlawanan liga.

Untuk rekod, bekas pengendali Charlton, Les Reed dipecat selepas tujuh perlawanan liga pada tahun 2006.

Frank de Boer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain