suria

Hazard Gembira Di England

EDEN Hazard mengakui Liga Sepanyol merupakan sesuatu yang istimewa.

Namun bintang Chelsea itu mengakui dia gembira berada di England buat masa sekarang.

Hazard yang pernah bermain untuk Liga Perancis, Lille memberitahu dia mungkin akan berpindah ke liga 'istimewa' di masa depan.

"Saya bermain dengan salah sebuah terbaik. Tetapi Liga Sepanyol adalah istimewa.

"Kenapa tidak, mungkin satu hari nanti? Namun seperti yang saya cakap, saat ini saya berada di sini (Chelsea)," jelasnya kepada Marca.

Pemain tengah itu dijangka akan membuat penampilan pertama bersama The Blues musim ini berdepan dengan Leicester pada Sabtu sebaik sahaja tamat aksi antarabangsa bersama Belgium.

Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Antonio Conte mengakui dia terkejut apabila menerima panggilan daripada jurulatih Belgium, Roberto Martinez untuk memanggil Hazard bagi aksi Kelayakan Piala Dunia.

Hazard sebelum ini mengalami kecederaan buku lali sejak Jun lalu, namun berjaya membantu Belgium menjaringkan gol ketika aksi kemenangan 9-0 ke atas Gibraltar.

Dia juga turut bermain ketika Belgium mencatat kemenangan 2-1 ke atas Greece.


Eden Hazard, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jangan Percaya Khabar Angin - KFA

Artikel Lain