suria

Piala Dunia: Fifa Arah Afrika Selatan, Senegal Lawan Semula

Joseph Lamptey

FIFA mengarahkan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Afrika Selatan menentang Senegal diadakan semula berikutan isu pengadilan.

Perlawanan yang berlangsung pada November tahun lalu itu akan diadakan semula selepas pengadilnya, Joseph Lamptey digantung seumur hidup kerana memanipulasi permainan.

Dalam perlawanan itu, Afrika Selatan sebagai tuan rumah menang 2-1, namun Mahkamah Timbangtara Sukan kemudian mengekalkan pergantungan terhadap pengadil Ghana itu yang dibuat sebelumnya.

Berikutan itu, Fifa memutuskan perlawanan antara kedua-dua negara akan diadakan semula pada November ini, manakala tarikh akan ditentukan kemudian.

Dalam perlawana tersebut juga, Lamptey turut menghadiahkan sepakan penalti kontroversi kepada Afrika Selatan yang masih dalam siasatan Fifa.



Senegal, Afrika Selatan, Fifa

Artikel Sebelum

Jangan Percaya Khabar Angin - KFA

Artikel Lain