suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memphis Depay Dakwa Jadi Mangsa Manchester United

MEMPHIS Depay mendakwa dia telah menjadi mangsa ketika di Manchester United sebelum dijual kepada Lyon.

Bekas pemain sayap United itu mendakwa, dia tidak diberi masa secukupnya ketika berada di Old Trafford sebelum dibuang.

Pemain Belanda berkenaan menjadi pilihan Louis Van Gaal pada setiap perlawanan namun tidak ketika dibimbing Jose Mourinho.

Ketika di bawah Mourinho yang dia hanya disenaraikan untuk kesebelasan utama dalam satu perlawanan sahaja iaitu ketika menentang Northampton.

Namun, tidak lama selepas itu Depay dijual kepada Lyon dengan nilai £21 juta pada Januari.

"Dalam tahun pertama memang saya tidak memberi banyak sumbangan.

"Tapi saya percaya jika diberi masa secukupnya, saya akan berjaya di Liga Perdana Inggeris.

"Tetapi ini tidak berlaku, saya tidak diberi peluang untuk terus positif dan melakukan yang terbaik," jelasnya.


Manchester United, Memphis Depay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo Nampak Kesusahan Messi

Artikel Lain