suria

Simeone Sambung Kontrak

PENGURUS Atletico Madrid menyambung kontrak baharu untuk tempoh tiga tahun bersama kelab tersebut.

Diego Simeone,47, yang dikaitkan akan berpindah ke Inter Milan dan Chelsea dan meninggalkan Atletico Madrid tamat musim ini.

Bagaimana pun dia menamatkan spekulasi tersebut dengan kontrak baharu sambungan di Wanda Metropolitano.

Pengurus kelahiran Argentina itu dilantik menguruskan The Mattressers pada tahun 2011 dan membantu kelab dengan menjuarai La Liga musim 2014 serta mara ke final Liga Juara-Juara sebanyak dua kali, namun tewas kedua-duanya di tangan Real Madrid.

"Dia memulakan kedudukan di tangga ketujuh bagi kempen musim ini, malah menjadi jurulatih paling lama dalam La Liga," jelas kenyataan kelab Atletico.

Kontrak baharunya sehingga 30 Jun 2020.

Sepanjang mengendalikan Atletico Madrid, Simeone berjaya membawa kelab itu menjulang trofi La Liga, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol, Liga Europa dan Piala Uefa.

Diego, Simeone, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain