suria

Conte Bakal Kecewa Lagi

SELEPAS usaha untuk mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez tidak berjaya, Chelsea bakal kecewa lagi apabila seorang lagi pemain dalam radar Antonio Conte menolak untuk menyertai kelab itu.

Pemain Everton, Ross Barkley yang dikaitkan dengan Chelsea sebelum jendela perpindahan pemain ditutup mendedahkan dia lebih berminat untuk menyarung jersi Tottenham berbanding The Blues.

Barkley, 23, berkata dia bersedia meninggalkan Everton demi Spurs jika terma peribadinya dipersetujui.

Ross Barkley.

Menurut Joey Barton, The Blues hampir memuktamadkan perpindahan Barkley pada saat-saat akhir tetapi segalanya tidak seperti dirancang apabila Conte didakwa menutup telefon bimbitnya.

"Saya terdengar sesuatu yang menarik mengenai apa yang berlaku terhadap perpindahan Barkley.

"Conte menutup telefon bimbitnya dan wakil Barkley cuba menghubunginya," kata bekas pemain Newcastle United itu kepada talkSPORT.

Barkley memutuskan untuk kekal bersama Everton selepas mendakwa tindakan Conte itu memberi gambaran seolah-olah pengurus The Blues tersebut sudah tidak berminat terhadapnya. 

Ross Barkley, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain