suria

Ronaldo Minta Bale Digugurkan

CRISTIANO Ronaldo mahu Gareth Bale digugurkan dari pasukan Real Madrid, menurut laporan di Sepanyol.

Bintang Portugal itu percaya rakan sepasukannya itu tidak sepatutnya diberikan jaminan tempat dalam kesebelasan utama berikutan masalahnya kesihatan dan kecergasan.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi pemain penting bagi Los Blancos selepas perpindahannya dari Tottenham Hotspur pada 2013 tetapi beberapa bulan kebelakangan ini telah mengalami tekanan daripada Isco dan Marco Asensio untuk mendapat tempat dalam pasukan.

Ronaldo percaya kedua-dua pemain muda itu layak bermain lebih kerap, menurut laporan Don Balon.

Isco menggantikan Bale selepas pulih dari kecederaan buku lali musim lalu, mempamerkan aksi cemerlang, sementara Asensio menjaringkan gol dalam final Liga Juara-Juara dan menjaringkan dua gol ketika mencatatkan keputusan seri dalam La Liga melawan Valencia.

Laporan itu juga menegaskan bahawa Ronaldo mahu Zidane mempertimbangkan untuk tidak meninggalkan pemain Perancis, Karim Benzema. -eurosport

Cristiano Ronaldo, Gareth Bale

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain