suria

Manchester United Dapat 'Lampu Hijau'

REAL Madrid memberi harapan kepada Manchester United untuk mendapatkan pemain sayap berkelas dunia miliknya pada musim panas akan datang, lapor The Sun.

Pemain sensasi itu adalah Gareth Bale, bekas penyerang Tottenham Hotspur yang berada dalam radar Jose Mourinho pada jendela perpindahan pemain yang baharu sahaja ditutup 31 Ogos lalu.

Bale menikmati kejayaan besar sejak menyertai Real dari Tottenham empat tahun lalu termasuk memenangi trofi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali di bersama kelab La Liga itu.

Pemain berusia 28 tahun itu tetap menjadi sasaran utama Mourinho yang dilaporkan begitu terdesak untuk membawa masuk bintang Wales itu ke Old Trafford bagi memperkukuhkan pasukan tersebut.

Gareth Bale.

United dikatakan menghubungi Real pada awal musim panas lalu bertanyakan sama ada mereka berpeluang untuk mendapatkan khidmat Bale.

Namun Real menegaskan Bale bukan untuk dijual pada ketika itu.

The Sun berkata Real memberi bayangan bahawa perpindahan itu hanya akan disempurnakan tahun depan dengan United sanggup berbelanja sebanyak 90 juta pound sterling.

Bale yang menjaringkan 55 gol dalam 102 aksi La Liga untuk Real bergelut dengan kecederaan dan turut diboo penyokong kelab gergasi Sepanyol itu.

Mourinho pula mendakwa dia akan cuba mendapatkan khidmat bekas pemain Spurs itu kembali ke England pada musim panas akan datang.

Bercakap mengenai masa depan Bale bulan lalu, Mourinho mendakwa dia akan 'berusaha keras' untuk memuktamadkan perpindahan itu jika Real setuju melepaskannya.

Gareth Bale, Manchester United

Artikel Sebelum

Conte Bakal Kecewa Lagi

Artikel Berikut

Ronaldo Minta Bale Digugurkan

Artikel Lain