Isteri Mengamuk, 'Lari' Rumah Tak Tahan Perangai Rooney - Sukan | mStar

Isteri Mengamuk, 'Lari' Rumah Tak Tahan Perangai Rooney

COLEEN Rooney dilaporkan meninggalkan rumah bernilai £4 juta yang dikongsi bersama Wayne Rooney.

The Sun melaporkan Coleen membawa bersama tiga anak lelaki mereka, Kai, tujuh, Klay, empat, dan Kit yang berusia satu tahun dan menghabiskan hujung minggu bersama ibu bapanya susulan penahanan Wayne yang memandu ketika mabuk beberapa hari lalu.

Dia dikatakan memandu kereta gadis seorang gadis kelab, Laura Simpson selepas timbul khabar angin bahawa mereka saling bercium dan berpelukan pada malam yang sama.

Coleen, 31, dikatakan telah meninggalkan rumah keluarganya pada petang Sabtu dan tiba di kediaman ibu bapanya, Tony dan Colette McLoughlin sejam kemudian.

Dia dilaporkan sedang berfikir tentang langkah seterusnya yang perlu diambil tetapi dalam masa sama turut bimbang tentang perkahwinannya yang tidak dapat diselamatkan.

Sumber memberitahu The Sun: "Dia menghabiskan masa bersama ibu bapanya untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan tetapi pada peringkat ini dia merasakan segalanya telah berakhir.

"Situasi mungkin berubah beberapa hari akan datang tetapi setakat ini dia menganggapnya telah berakhir. Ini adalah jalan terakhir dan dia berasa malu. Dia merancang untuk berundur."

Sementara itu salah seorang sahabat Wayne dipetik sebagai berkata: "Wayne sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan dirinya."

"Dia terpaksa meminta maaf kepada Coleen untuk banyak perkara pada masa lalu, tetapi ini nampaknya saat yang paling sukar. Dia benar-benar mengamuk."

Coleen, yang sedang hamil anak keempatnya dengan Wayne, tidak mengulas tentang status perkahwinannya, tetapi baru-baru ini menulis di Twitter bahawa dia sedang diekori oleh paparazzi ketika bersama dengan anak-anaknya.

Ketika berita mengenai drama terbaru Wayne tersebar, Coleen dilaporkan menamatkan percutiannya di Mallorca, Sepanyol, untuk terbang pulang dan bersemuka dengan Wayne atas tindakannya.

Coleen Rooney , Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sanchez Bermadah Di Laman Sosial

Artikel Berkaitan

Bola Sepak Atau Isteri?

Coleen Minta Rooney Mohon ‘Cuti Simpati’

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain