suria

Dua Sasaran Mourinho Untuk Sarung Jersi No 7 Manchester United

WALAUPUN berjaya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan tiga kemenangan setakat ini, namun Machester United masih gagal mengisi kekosongan jersi nombor 7.

Berikutan itu, persoalan mengenai pemakai jersi yang dianggap keramat di United mula menjadi sebutan.

Manchester Evening News melaporkan Jose Mourinho menunggu dua individu untuk diberikan jersi berkenaan.

Mereka ialah Gareth Bale dari Real Madrid dan Antoine Griezmann (Atletico Madrid), walaupun perpindahan kedua-duanya dianggap sukar.

Bagaimanapun, perpindahan salah seorang pemain tersebut ke Old Trafford tidak mustahil kerana Mourinho dijangka menggunakan jendela perpindahan pada Januari untuk mendapatkan sasarannya.

Griezmann berdepan masalah untuk meninggalkan kelabnya selepas disekat kerana melanggar peraturan.

Manakala Bale pula bakal dijual sekiranya Real berjaya mendapatkan Kylian Mbappe.

Selain gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama, Bale juga dikatakan mempunyai masalah dengan Zinedine Zidane.

Manchester United, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain