suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Bermadah Di Laman Sosial

Alexis Sanchez

PENYERANG Arsenal Alexis Sanchez telah 'bersuara' buat pertama kali sejak gagal berpindah ke Manchester City.

Dia menggunakan akaun Instagram untuk menulis beberapa mesej tersirat di bahagian komen dan menimbulkan tanda tanya.

Sanchez sebelum ini dikhabarkan mahu meninggalkan Arsenal musim panas ini kerana mahu ke City.

Perpindahannya ke City pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup gagal selepas Arsenal gagal mendapatkan khidmat Thomas Lemar dari Monaco sebagai pengganti.

Sanchez dilaporkan marah kerana urusan itu tidak berjaya.

Sanchez terlibat dalam kekalahan 3-0 Chile ke atas Paraguay dalam kelayakan Piala Dunia, beberapa hari selepas Arsenal kalah 4-0 ke atas Liverpool.

Dalam tulisannya di Instagram Sanchez mencatatkan empat madah, dengan yang pertama ditulis: "Apabila dunia mengingatkan anda tentang kekalahan anda, ingatkan mereka tentang kemenangan yang anda tidak dapat lupakan."

Satu lagi madah: "Seorang pemenang sebenarnya adalah seorang yang tewas yang mencuba lebih dari sekali."

Madah ketiga: "Apa yang anda lakukan penting, tetapi alasan anda melakukannya lebih penting lagi."

Madah terakhirnya: "Anda akan sedar bahawa apa yang dilihat sebagai pengorbanan hari ini, akan menjadi satu pencapaian terbesar dalam hidup anda."

Peminat City mungkin melihatnya sebagai kegembiraan, berbeza dengan peminat Gunners yang mungkin bimbang, tetapi Sanchez dilihat lebih merujuk kepada situasi negaranya dalam kelayakan Piala Dunia.

Chile kini menduduki tempat keempat dalam kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan. -goal.com

Alexis Sanchez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pengurus Dedah Dua Idola Harry Kane

Artikel Lain