suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tolong Kembali Ke Chelsea!

ATLETICO Madrid menasihati Diego Costa supaya kembali ke barat London selepas usaha kelab La Liga itu untuk mendapatkan khidmatnya semula dari Chelsea tidak kesampaian.

Sebelum ini, Atletico yakin perpindahan Costa akan disempurnakan bulan depan tetapi mahu pemain Brazil itu kembali ke Stamford Bridge untuk berdamai dengan Chelsea.

Ini bagi memudahkan segala urusan perpindahannya nanti.

Chelsea telah berunding dengan Atletico pada minggu akhir jendela perpindahan pemain tetapi perjanjian tersebut gagal dimuktamadkan.

Meskipun perpindahan Costa boleh disempurnakan seawal Oktober depan, pemain itu hanya boleh memperkuatkan Atletico pada Januari tahun depan.

Chelsea menuntut bayaran perpindahan sebanyak 50 juta pound sterling manakala Atletico sanggup membayar 40 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat Costa.

Namun Atletico berharap agar harga Costa akan turun jika dia berjaya memperbaiki hubungan keruhnya dengan Chelsea.

Diego Costa, Atletico Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemain Man United Disiasat?

Artikel Lain