suria

Pemain Man United Disiasat?

Old Trafford.

SEKURANG-kurangnya dua pemain Manchester United di disiasat oleh Jabatan Hasil dan Kastam Diraja (HRMC) di United Kingdom berhubung dakwaan tuntutan cukai selepas jabatan itu membuka kes baharu terhadap pemain bola sepak terkemuka di Liga Perdana Inggeris.

Hal ehwal kewangan membabitkan sehingga 200 pemain sedang dipantau.

Bagaimanapun sumber mendedahkan bahawa jumlah pemain yang disiasat akan terus meningkat.

Mereka disiasat kerana menggunakan syarikat persendirian dan pelbagai skim perundangan lain untuk mengurangkan jutaan bayaran cukai mereka.

Di bawah perjanjian yang dicapai pada musim 2014-2015, seperti yang didedahkan oleh Sportsmail bahawa semua kelab diberitahu bahawa mereka boleh membayar sehingga seperlima jumlah pakej pemain mereka kepada 'hak cipta' syarikat dan bukannya sebagai sebahagian daripada gaji mereka.

Para pemain enggan membayar cukai pendapatan manakala kelab-kelab mengurangkan peruntukan mereka pada insurans kebangsaan.

Bagaimanapun tidak dipastikan sama pemain-pemain Manchester United yang kini disiasat disebabkan mereka mengelak daripada membayar cukai.

Sumber terdekat mengesahkan bahawa HRMC sedang menelitinya. 

Kelab itu dan ejen mereka enggan mengulas berhubung perkara tersebut.

Bilangan pemain, kelab dan ejen yang disiasat meningkat sejak jabatan hasil itu mendedahkan awal tahun ini bahawa lebih 100 pemain, 39 kelab dan 13 ejen disiasat mereka membabitkan cukai. - Mail Online

Artikel Sebelum

Tolong Kembali Ke Chelsea!

Artikel Berikut

“Tak Ada Pun” - Barkley

Artikel Lain