suria

OKS Intai Aksi Vietnam Belasah Kemboja

KEJAYAAN Vietnam menewaskan Kemboja 4-0 dalam aksi Sukan SEA pada Khamis tidak diambil mudah oleh pengendali skuad negara.

Datuk Ong Kim Swee yang sedang dalam misi memburu emas turut hadir ke Stadium Shah Alam bagi menilai perlawanan tersebut.

Beliau dilihat berada di stadium sepanjang perlawanan itu dan memberi sepenuh perhatian.

Ini kerana Vietnam merupakan pasukan pilihan selain Thailand yang juga menjadi cabaran buat skuad negara.

Dalam perlawanan itu, Vietnam tidak menghadapi masalah untuk membenam Kemboja walaupun hanya berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada masa tambahan separuh masa pertama menerusi Gnuen Cong Phuong.

Ketika perlawanan bersambung pada babak kedua Vietnam kembali menguasai permainan dan menggandakan jaringan pada minit ke-70 menerusi rembatan cantik Nguen Quang Hai.

Bagaikan masih belum 'kenyang' Vietnam kemudian menjadikan kedudukan 4-1 menerusi Nguen Cong Phuong dan Ho Tun Ti.

Meskipun ketinggalan 4-0 namun Kemboja meneruskan usahanya yang berjaya menghasilkan satu gol menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Nen Sothearoth.

Skuad Vietnam yang dibawa ke SUkan SEA kali ini telah dibentuk sejak 10 tahun lalu.

Mereka juga telah berjaya melayakkan diri pusingan akhir Piala Dunia Bawah 21 Tahun (B-21)

Vietnam, Malaysia, Kemboja

Artikel Berikut

Artikel Lain