suria

Serangan Barcelona: Messi, Ronaldo Ucap Takziah

PEMAIN Real Madrid dan Barcelona menyertai dunia bola sepak memberikan penghormatan kepada mangsa yang terlibat dalam serangan pengganas di Las Ramblas.

Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Gareth Bale dan Luis Suarez memberikan penghormatan itu di Sepanyol, sementara bintang Liga Premier, Alexis Sanchez dan Anthony Martial turut berbuat demikian melalui Twitter.

Pengganas yang menyewa sebuah van lalu menggunakannya untuk melanggar orang awam di laluan yang sibuk di Las Ramblas telah mengakibatkan seramai 13 orang maut dan lebih 100 orang cedera.

Polis Barcelona mengesahkan insiden itu merupakan serangan pengganas.

Status di laman Instagram Messi.


Status Twitter Ronaldo.

Menurut laporan awal, van Fiat putih memecut laju ke arah laluan sepanjang 1 kilometer yang kebiasannya dipenuhi dengan orang ramai, sehingga ia melanggar kiosk akhbar dan berhenti.

Polis mendedahkan gambar lelaki yang dikatakan telah menyewa van yang digunakan dalam serangan itu. Dia dikenali sebagai Driss Oukabir.

Oukabir kemudiannya dilaporkan telah menyerahkan diri kepada polis selepas melihat gambarnya diedarkan dalam talian dan di media. Dia dilaporkan menafikan terlibat dalam serangan itu dan memberitahu polis dokumennya telah dicuri. - The Sun

serangan Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain