suria

Pengakuan Matic Buat Penyokong Chelsea Marah

NEMANJA Matic membuatkan kenyataan berani terhadap Chelsea yang bakal menimbulkan kemarahan penyokong kelab berkenaan.

Pemain berusia 29 tahun itu yang telah membuat 154 penampilan bersama The Blues berhijrah ke Manchester United dengan perpindahan bernilai £40 juta.

Bagaimanapun Matic dilapor berkata United sebuah kelab gergasi yang lebih istimewa berbanding Chelsea.

"Mourinho sangat penting untuk saya. Dia bawa saya dari Benefica ke Chelsea dan sekarang saya membuat keputusan untuk bersama Manchester juga kerana dia.

"Mourinho adalah penyebab saya berada di Old Trafford. Sebut saja Manchester United, saya tidak perlu berfikir lagi. Saya membuat keputusan dengan pantas dan mudah," katanya kepada Sky Sports.

Ketika ditanya mengenai perbezaan antara Chelsea dengan United pula Matic berkata," ia berbeza apabila kamu berada di Manchester. 

"Memang Chelsea merupakan kelab gergasi dan Benefica juga kelab besar. Tetapi Manchester adalah Manchester.

"Sejak hari pertama saya sampai di Manchester, saya dapat rasakan semua orang mudah memberi bantuan dan yang paling penting sekali penyokong Manchester United.

"Setiap kali selepas latihan mereka akan menunggu kami di luar untuk merakam gambar dan mengambil tandatangan. Sebab itulah saya rasa Manchester adalah kelab gergasi terbaik dunia.

"Mungkin ada dua tiga kelab lain seperti Manchester United, tetapi Manchester adalah Manchester dan ia sebuah kelab gergasi terbaik," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain