suria

Everton Berminat Pinjam Costa

Diego Costa

EVERTON sedang mempertimbangkan langkah untuk mendapatkan Diego Costa secara pinjaman selepas pemain itu dipinggirkan Chelsea.

The Telegraph melaporkan bahawa kelab itu mungkin bakal mengambil penyerang Sepanyol itu dalam perjanjian pinjaman jangka pendek, selepas gagal mendapatkan penyerang Arsenal, Olivier Giroud.

Pengurus kelab Ronald Koeman telah membelanjakan wang yang banyak untuk membawa masuk pemain seperti Jordan Pickford, Davy Klaassen, Michael Keane dan Sandro Ramirez.

Walaupun Wayne Rooney turut menyertai kelab itu, Koeman masih mengejar pemain yang hampir sama untuk menggantikan Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United di awal jendela perpindahan dibuka.

Ketika ditanya mengenai Costa dalam sidang akhbar sebelum perlawanan, Koeman menjawab:

"Sudah tentu anda mahu menandatangani pemain untuk masa depan, tetapi jika anda boleh mendapatkan yang terbaik dengan cara itu (pinjaman), mengapa tidak?

"Itu selama enam bulan, untuk musim, dua tahun."

Costa dilaporkan sebelum ini mahu kembali ke bekas kelab lamanya, Atletico Madrid.

Bagaimanapun Atletico berdepan larangan pengambilan pemain sehingga jendela perpindahan Januari.

Hubungan Costa dengan Chelsea dan pengurus Antonio Conte kelihatan tidak dapat diperbaiki.

Costa menerusi Instagramnya mendedahkan sedang melakukan latihan intensif sendirian.

Costa tidak lagi bersama Chelsea selepas Conte mengakui penyerang berkenaan tidak dalam rancangannya pada musim baharu ini.

Diego Costa, Everton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain