suria

Manchester City Buru Bekas Pertahanan Manchester United

MANCHESTER City dilapor sedang membida bekas pertahanan Manchester United yang dijual Louis Van Gaal.

City menyasar untuk mendapatkan khidmat Jonny Evans daripada West Bromwich dengan bidaan sebanyak £25 juta.

Bidaan awal City sebanyak £18 juta sebelum ini ditolak dan berikutan itu kelab berkenaan dijangka akan kembali dengan tawaran kedua.

Evans kini direhatkan kerana mengalami kecederaan hamstring, namun dijangka kemabli di atas apabila menentang Brunley Sabtu ini.

Bagaimanapun, pengendali West Brom, Tony Pulis ingin mengekalkan pemain berkenaan.

Jurulatih itu sebelum ini merancang untuk menggandingkan Evans dengan pemain yang bakal dibeli iaitu Kevin Wimmer. - Daily Mail

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Fatin Tinggalkan Kem Negara

Artikel Lain