suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

West Ham Ikat Pemain Muda

WEST Ham United mengikat Sead Haksabanovic.

Bagaimana pun nilai perpindahan pemain muda dari kelab Sweden Halmstads BK itu tidak didedahkan.

Bintang antarabangsa Montenegro itu menandatangani kontrak lima tahun di Stadium London.

"Saya sangat teruja berada di sini, ia seperti mimpi menjadi kenyataan. West ham merupakan sebuah kelab besar.

"Perpindahan ini berlaku dengan cepat, kami dengar mereka mahukan saya, jadi saya turut berminat dan semuanya berjalan lancar.

"Saya seorang penyerang. Saya suka menggelecek dan menjaringkan gol. Tetapi saya akan bekerja kuat untuk pasukan.

"Saya sudah bersedia bermain untuk kelab ini dan beberapa kali melihat aksi mereka.

"Kini saya hanya mahu mengenali lebih rapat dengan kelab ini dan berharap dapat bermain beberapa perlawanan seterusnya mendapatkan mata," jelas Haksabanovic.

West Ham

Artikel Sebelum

Artikel Lain