suria

Barca Dedah Cara Belanja Wang Penjualan Neymar

Neymar kini menjadi milik PSG.

PRESIDEN Barcelona, Josep Maria Bartomeu mendedahkan perancangan kelab gergasi La Liga itu terhadap wang bernilai 198 juta pound sterling yang diperolehi menerusi penjualan penyerangnya, Neymar.

Kelab Catalan itu terpaksa melepaskan Neymar selepas Paris Saint Germain (PSG) sanggup membayar klausa pelepasan pemain tersebut.

Walaupun Barca kecewa dengan pemergian Neymar, kedudukan kewangan yang kukuh membolehkan pasukan itu membawa masuk beberapa muka baharu.

Pemain Liverpool, Philippe Coutinho, Ousmane Dembele (Borussia Dortmund), Kylian Mbappe (Monaco), Eden Hazard (Chelsea), Paulo Dybala (Juventus) dan Julian Draxler (PSG) antara senarai pemain yang mahu dipancing Barca.

Bartomeu mendedahkan kelab itu kini sedang aktif membawa masuk pemain baharu.

"Kami fikir ada peluang Neymar akan meninggalkan kelab, jadi kami meningkatkan harga klausa pelepasan.

"Sekarang kami mencari pemain alternatif dan apa sahaja yang berlaku di sini akhirnya ia bagus untuk Barca kerana jika dia kekal kita ada pemain yang hebat dan jika dia pergi kita dapat wang yang banyak.

"Wang tersebut akan dibelanjakan dengan bijak dan sewajarnya. Ia akan digunakan untuk memperbaiki prestasi kelab dengan membawa masuk pemain hebat," katanya.

Coutinho antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan Coutinho bukan untuk dijual tetapi pihak pengurusan tertinggi The Reds dilaporkan sukar melepaskan bidaan bernilai 90 juta pound sterling terhadap pemain itu.

Coutinho dilaporkan gembira berada di Anfield dan hanya menandatangani kontrak baharu awal tahun ini.

Namun, tawaran untuk beraksi di Nou Camp dikatakan sesuatu yang sukar ditolak pemain kelahiran Brazil itu.

"Tahun ini kita akan bawa masuk pemain yang pertama Semedo tetapi akan lebih ramai lagi menyusul," kata Bartomeu.- Metro.co.uk

Barcelona, Philippe Coutinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Belum Mengalah

Artikel Lain