suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba Dedah Cara Pujuk Lukaku Sertai Manchester United

PAUL POGBA yang turut digelar sebagai ejen P mendedahkan bagaimana dia mempengaruhi Romelu Lukaku untuk menyertai Manchester United baru-baru ini.

Lukaku menyertai United dengan yuran perpindahan sebanyak £75 juta sekaligus mengecewakan Chelsea yang mengharapkan kepulangan bekas pemain muda mereka.

Pemain Perancis itu memberitahu, dia menggunakan persahabatan dengan Lukaku sejak beberapa tahun lalu untuk memujuk penyerang berkenaan.

"Saya telah membuat persediaan panjang untuk melakukan tugas ini.

"Saya membawanya makan malam bersama untuk bercakap (mengenai perpindahan ke Manchester United).

"Saya telah melakukan tugas ini dan akhirnya dia sendiri yang ingin berada di Old Trafford dan menjaringkan gol.

"Dia seorang pemain yang mahir mengenai Liga Perdana Inggeris dan akan dapat membantu kami.

"Apabila kamu bersama orang yang kamu rapat, kamu juga perlu sanggup mati untuk mereka," katanya pada program Copa 90’s FIFA and Chill.

Artikel Sebelum

West Ham Ikat Pemain Muda

Artikel Berikut

Artikel Lain