suria

Isu Sanchez, Wenger Tidak Mahu 'Bunuh Diri'

ISU masa depan bintang Arsenal, Alexis Sanchez masih belum reda walaupun bos The Gunners, Arsene Wenger menegaskan pemain itu tidak akan berhijrah ke kelab lain pada musim depan.

Pemain antarabangsa Chile itu berbaki kontrak 12 bulan sahaja lagi dan mahukan cabaran di Liga Juara-Juara tetapi Wenger menggunakan kuasa veto untuk menghalangnya berpindah dan mahu dia menandatangani kontrak baharu.

Ditanya sama ada Sanchez mahu menandatangani kontrak tersebut, Wenger mengakui bahawa dia sebenarnya mahu mengelak daripada 'membunuh diri' dalam usahanya mengekalkan Sanchez.

"Saya sebenarnya tidak mahu berbicara tentang isu ini (Sanchez).

"Kami sedar tugas untuk memaklumkan tentang perkembangan dia tetapi mengulas mengenai (kontrak) bukan lagi maklumat. Ia adalah 'bunuh diri'.

"Setiap rundingan perlu mempunyai sedikit rahsia. Ketelusan amat dituntut tetapi kami perlu menyimpan sedikit rahsia selagi boleh," kata Wenger.

Buat masa ini, Sanchez berlatih bersama rakan sepasukan seperti biasa walaupun Chelsea dan Manchester Citu mahu mendapatkan khidmatnya.

"Saya tidak akan melepaskannya tetapi satu perkara yang saya boleh beritahu adalah dia memberi tumpuan.

"Keputusan saya adalah jelas. Dia akan kekal dan menghormati keputusan tersebut," kata pengendali kelahiran Perancis itu. - Mirror.uk

Alexis Sanchez, Arsene Wenger

Artikel Sebelum

Lepaskan Saya!

Artikel Berikut

Matic Minta Maaf

Artikel Lain