suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kemalangan Ngeri, Kubica Tak Serik Berlumba

ROBERT Kubica kembali ke saingan Formula Satu (F1) selepas  enam tahun berehat panjang.

Pelumba kelahiran Poland berusia 32 tahun itu terpaksa melupakan perlumbaan seketika selepas berdepan dengan kemalangan ngeri pada tahun 2011.


Namun dia kini dilaporkan sudah bersedia untuk kembali ke litar dan telah menjalani ujian di Litar Hungary dengan menamatkan 142 pusingan di kedudukan keempat.

Pasukan Renault memberi peluang memandu jentera 2012 awal tahun ini di Valencia serta Paul Ricard dan membuat keputusan untuk melibatkannya secara rasmi dalam ujian F1 bagi memastikan dia kembali membiasakan diri di litar sebelum bersaing pada musim 2018.

Kubica mengakui dia tidak seratus peratus gembira ketika berada di litar selepas lapan jam menjalani ujian pemanduan.

"Saya memang mahukan peluang ini sekali lagi tetapi belum pasti dan hanya tunggu dan lihat.

"Tetapi kita perlu realistik dan bukan perkara mudah," jelasnya.

Kubica mengalami kemalangan ketika menyertai perlumbaan rali di Itali yang menyebabkan beberapa kecederaan serius termasuk di bahagian lengan.

Robert Kubica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain