suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nombor Jersi Neymar Sudah Ditetapkan

PEMAIN termahal dunia, Neymar Jr tidak akan menyarung jersi nombor 11 di kelab baharunya, PSG seperti yang dipakai olehnya ketika bersama Barcelona.

Ini kerana pemain PSG, Javier Pastore akan memberikan nombor jersinya kepada pemain kelahiran Brazil yang bernilai 198 juta pound sterling itu.

Neymar akan memakai jersi nombor 10 bersama kelab Perancis tersebut selepas melengkapkan perpindahan yang memecah rekod dunia pada Khamis.

PSG juga mengesahkan bahawa pemain berusia 25 tahun tersebut berpeluang untuk menyarung jersi yang dipakai oleh Pastore.


Jersi nombor 10 itu sebelum ini dipakai oleh penyerang sensasi, Zlatan Ibrahimovic dan diguna oleh Pastore selepas pemain Sweden berkenaan berpindah ke Manchester United pada musim lalu.

Pastore yang kini kembali menyarung jersi nombor 27, berkata, pemberian nombor 10 itu sebagai satu hadiah.

"Selamat datang ke Paris.

"Saya mahu memberi jersi ini kepadanya (Neymar) sebagai hadiah.

"Saya sedia memberikannya sokongan yang diperlukan supaya pasukan ini akan terus maju dan memenangi Liga Juara-Juara," kata Pastore.


Neymar Jr, PSG

Artikel Sebelum

Matic Minta Maaf

Artikel Berikut

Artikel Lain