suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Ingkari Permintaan Bapa

NEYMAR memuat naik video penuh emosi sebaik sahaja sah bergelar pemain Paris Saints-Germain (PSG).

Penyerang baharu PSG termahal dunia itu (RM1.1bilion) meluahkan perasaannya selepas meninggalkan Nou Camp untuk ke Paris.


Di dalam klip video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Neymar mengucapkan penghargaan kepada Barcelona dan mendedahkan bahawa bapanya tidak bersetuju dengan perpindahan ini.

Jelas Neymar, dia membuat keputusan matang berdasarkan umurnya yang sudah 25 tahun.

"Seorang atlet memerlukan cabaran. Dan untuk kali kedua dalam hidup, saya mengingkari permintaan bapa.

"Papa, saya faham dan menghormati pendapat anda, tetapi keputusan telah dibuat dan saya hanya minta untuk menyokong saya seperti sebelum ini.

"Dalam masa sama Neymar memuji Lionel Messi yang dianggap sebagai atlet terbaik yang pernah dilihat dalam hidupnya.

"Saya pasti tidak akan berjumpa lagi orang lain selagi saya hidup. Leo Messi merupakan kawan saya di padang atau di luar. Satu penghargaan dapat bermain dengan anda.

"Saya merupakan trio bersama Messi dan Suarez dan mencatat sejarah, menguasai segalanya, merakam kenangan yang tidak akan dilupakan, tinggal di sebuah bandar seperti rumah sendiri.


"Saya sayangkan Barcelona dan Catalonia."

"Barcelona, terima kasih untuk segalanya. PSG, saya datang! Semoga Tuhan menghormati dan melindungi kami!'.

ARTIKEL BERKAITAN: Nombor Jersi Neymar Sudah Ditetapkan

Neymar, PSG

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Pemain Paling Mahal

Artikel Lain