suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Martial Tinggalkan United, Mourinho Buka Mulut

JOSE MOURINHO akhirnya memberi kenyataan berhubung dakwaan Anthony Martial akan meninggalkan kelab itu secara pinjaman ke Inter Milan.

Pengendali Manchester United itu menegaskan, Martial tidak akan meninggalkan Old Trafford kerana pemain berkenaan tersenarai dalam rancangan musim depan.

Martial dilapor terpaksa diserahkan kepada Inter bagi mendapatkan Ivan Perisic yang menjadi sasaran Mourinho.

"Semua tersenarai dalam rancangan saya untuk musim depan. Rancangan ini perlukan skuad terbaik.

"Kami perlukan banyak pilihan kerana ramai juga pemain penting yang mengalami kecederaan.

"Mereka akan kembali hujung tahun ini, jadi skuad kami tidak begitu besar dan kami perlukan lebih banyak pilihan.

"Lukaku, Martial, Rashford, mereka pemain yang berbeza dan kami perlukan kesemuanya.

"Ia akan menjadi lebih baik. Kami dapat memilih pemain mengikut kekuatan lawan. Oleh itu skuad ini adalah yang terbaik," jelas Mourinho.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain