suria

Mourinho Komen Perpindahan Mahal Neymar

Jose Mourinho

JOSE Mourinho percaya rancangan perpindahan rekod dunia Neymar dari Barcelona ke Paris St-Germain 'tidak mahal'.

Barcelona, malam Rabu mengesahkan Neymar tidak akan berlatih dengan skuad untuk membuat persiapan perpindahan rekod dunia £198 juta ke PSG.

Bayaran itu akan melenyapkan rekod £89 juta yang dibayar Manchester United kepada Juventus untuk mendapatkan Paul Pogba pada musim panas lalu.

Tetapi pengurus Manchester United, Mourinho menegaskan PSG telah membayar harga yang tepat untuk Neymar.

"Apabila kami membayar jumlah itu untuk Pogba dulu, saya kata ia tidak mahal.

"Yang dikatakan mahal apabila seseorang itu masuk ke tahap tertentu tanpa kualiti tertentu.

"Saya fikir apa yang berlaku terhadap Neymar sama seperti Pogba.

"Saya tidak fikir dia mahal untuk dibayar £200 juta. Saya fikir dia mahal kerana hakikatnya anda bakal mempunyai lebih ramai pemain bernilai £100 juta, lebih ramai pemain £80 juta dan lebih ramai pemain £60 juta.

"Saya rasa itulah masalahnya kerana Neymar adalah salah seorang pemain terbaik di dunia.

"Secara komersil dia sangat kuat dan pasti Paris St-Germain telah memikirkannya. Jadi saya tidak fikir Neymar jadi masalah, masalahnya adalah pemain selepas Neymar."

Jose Mourinho, Neymar, rekod dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mbappe Sah 'Angkat Kaki'

Artikel Lain