suria

Mbappe Sah 'Angkat Kaki'

Mbappe

KYLIAN Mbappe telah memutuskan untuk meninggalkan Monaco musim panas ini, menurut satu laporan di L'Equipe malam Rabu.

Dia mungkin menggantikan Neymar di Barcelona.

Mbappe dilaporkan menjadi subjek tawaran melebihi £100 juta dari Arsenal, Real Madrid dan Manchester City pada musim panas ini, tetapi sehingga Rabu tidak ada sebarang keputusan yang diumumkan mengenai statusnya di Monaco, kelab yang dibantunya untuk meraih gelaran Ligue 1 musim panas lalu.

Akhbar Perancis yang dihormati L'Equipe kini melaporkan bahawa Mbappe yang berusia 18 tahun itu telah membuat keputusan bahawa dia mahu meninggalkan Monaco untuk mengembangkan kerjayanya.

L'Equipe menambah, Barcelona menunjukkan minat yang mendalam terhadap bakat pemain remaja yang paling mengagumkan dalam bola sepak dunia masa kini itu.

Barcelona tidak lama lagi akan mempunyai £198 juta untuk dibelanjakan apabila Neymar menyempurnakan klausa pelepasannya untuk menyertai Paris Saint-Germain.

L'Equipe melaporkan bahawa pertemuan telah berlaku antara Barcelona dan wakil-wakil Mbappe.

Mbappe, Neymar, MOnaco

Artikel Sebelum

Artikel Lain