suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintang Chelsea Jadi Sasaran Barcelona Ganti Neymar

BARCELONA dilapor sudah menemukan pengganti Neymar sekiranya pemain kelahiran Brazil itu melengkapkan perpindahan ke PSG dengan rekod dunia, 198 juta pound sterling.

Bintang Chelsea, Eden Harzard dijadikan sasaran utama untuk menggantikan Neymar dan Barcelona sedia membayar 100 juta pound sterling untuk pemain kelahiran Belgium itu.

Hazard merupakan antara sasaran Barcelona selepas Phillipe Countinho juga disenarai untuk dipancing ke Nou Camp.

Bagaimana usaha mendapatkan Countiho bukan untuk menggantikan tempat Neymar tetapi sebagai perancangan masa jangka panjang untuk bintang veteran Barcelona, Andres Iniesta.

Awal musim lalu, Hazard mendedahkan bahawa dia gembira untuk kekal di Chelsea walaupun dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

"Saya gembira di sini. Saya berada di satu daripada kelab terbaik dunia dan akan kekal untuk beberapa tahun lagi," kata Hazard. - Metro.uk


Eden Hazard, Chelsea, Neymar, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Z Pilihan Ziyad Namakan Anak

Artikel Lain