Serge Aurier Tak Lepas Visa Ke Old Trafford - Sukan | mStar

Serge Aurier Tak Lepas Visa Ke Old Trafford

Serge Aurier

MANCHESTER United dilihat semakin hampir menandatangani bek kanan Paris Saint-Germain, Serge Aurier.

Aurier dijangka menjadi pemain keempat yang berpindah ke United pada musim panas ini, selepas Nemanja Matic, Romelu Lukaku dan Victor Lindelof.

Menurut Miguel Delaney dari The Independent's, satu-satunya perkara yang menyekat langkah pemain berusia 24 tahun itu ke Old Trafford adalah masalah visanya.

United dilaporkan telah bersetuju dengan perjanjian £25 juta dengan PSG untuk mendapatkan Aurier, yang telah memenangi dua gelaran Ligue 1 selama tiga tahun di ibu kota Perancis.

Delaney telah ditanya oleh salah seorang pengikutnya di Twitter: "Benarkah khabar angin Aurier ke @ManUtd ? Banyak sangat fakta tentang kesepakatan di luar sana..."

Delaney menjawab: "Ya, memang benar, sepatutnya begitulah tetapi tergendala kerana isu visa."

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu memberitahu Paris Saint-Germain bahawa dia mahu meninggalkan kelab musim panas ini menjelang lawatan pra-musim di Amerika Syarikat.

"Saya telah bercakap dengan Serge, saya beritahu dia bahawa saya mahu dia kekal," kata pengurus PSG, Unai Emery bulan lepas.

"Dia beritahu saya bahawa dia mahu tinggalkan kelab dan mahu berada di Paris (bukannya pergi ke Amerika Syarikat) untuk buat persiapan sebelum berlepas."

Pengurus United, Jose Mourinho dilaporkan berminat menambah lebih ramai pemain pilihannya pada musim panas selepas kecederaan beberapa pemain musim lalu.

The Red Devils kini mempunyai dua pemain pertahanan yang tidak dapat beraksi, dengan Mourinho baru-baru ini mengakui Luke Shaw dan Marcos Rojo bersedia untuk kembali pada September dan Disember.

Serge Aurier , visa , Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Kerap Hubungi Sergi Roberto

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan