suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Kerinduan

JOSE Mourinho tidak dapat menyorok perasaan rindunya.

Pengurus Manchester United itu mengakui tempat Wayne Rooney sukar diganti selepas pemain itu berpindah ke Everton.

Rooney kembali ke kelab lamanya selepas 13 tahun di Old Trafford yang menyaksikan dia menjadi salah seorang pemain penting ketika kelab merangkul trofi juara liga, Liga Juara-Juara serta menjadi penjaring terbanyak United sepanjang zaman dengan 253 gol.

"Saya sangat merinduinya. Saya fikir dia seorang pemain yang menakjubkan.


"Saya bukan seorang lelaki yang senang menunjukkan emosi dalam tugas saya.

"Namun ia berlaku ketika dia meninggalkan kelab ini. Saya pasti dia akan menjadi lebih baik lagi di Everton, dan Everton juga akan menjadi lebih baik dengan adanya dia.

"Dia adalah orang penting dan baik kepada kami. Dan kini masa baharu tanpa wajahnya, tanpa ketua dan tanpa pengaruh yang baik kepada kami.

"Pemergian Rooney sangat mudah kerana dia layak mendapat perkara yang tidak sukar.

"Dan dalam masa sama, perasaan hormat mengiringinya agar dia gembira, dapat bermain setiap perlawanan, setiap minit," ujar Mourinho.

Jose Mourinho, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Inter Ubah Fikiran

Artikel Berikut

Artikel Lain