suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah Sarung Jersi Roma

PEMAIN pertahanan Manchester City sah menyarung jersi baharu musim depan.

Aleksandar Kolarov menandatangani kontrak baharu tiga tiga tahun bersama kelab Serie A, Roma.

Media British melaporkan nilai perpindahan berjumlah 4.5 juta pound (RM25 juta).

Pemain berusia 31 tahun itu meningalkan City selepas tujuh tahun dengan membantu skuad merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan dua kali trofi Piala Liga.

"Ketika saya tiba tiba di sini pada tahun 2010, jujurnya saya tidak menjangkakan akan bertahan lama di sini.

"Namun hari ini, saya perlu mengucapkan selamat tinggal. Bagi saya, ia merupakan hari yang sedih.

"Tetapi saya tetap berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada keluarga City," jelas pemain pertahanan skuad kebangsaan Serbia itu.

Dalam pada itu, dia mengakui sangat gembira berada di Roma.

"Saya akan bagi lebih seratus peratus kepada Roma. Objektif saya tetap sama - untuk menang."

Aleksandar Kolarov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain