suria

Mourinho Janji Seratus Peratus

JOSE Mourinho memberi jaminan seratus peratus tidak akan menjual De Gea kepada Real Madrid musim ini.

Mourinho mendedahkan perkara tersebut selepas timbul laporan bahawa penjaga gol De Gea akan dilepaskan berikutan dua kelab telah bersedia membelinya.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu sekali lagi diintai Madrid selepas dua tahun apabila tawaran 29 juta pound terlepas kerana dokumen tidak diserahkan pada tarikh yang ditetapkan.

Tetapi Mourinho menegaskan bahawa pemain berusia 26 tahun itu gembira berada di Old Trafford berbanding untuk berpindah ke Bernabeu.

De Gea

"Saya memberi jaminan dia tidak akan ke mana-mana musim ini, itu yang saya nampak.

"Perasaan saya sukar untuk lepaskan dia pergi. Kerana dia seorang yang jujur dan sangat telus.

"Sebelum ini dia ada yang menghubunginya, namun kelab menutupnya, dan saya kembali membukanya kerana apabila seseorang pemain terdetik untuk pergi, saya tidak suka menghalangnya.

"Tetapi saya tahu dia tidak mahu pergi (Real), dan perasaan itu sangat bagus. Saya lihat dia gembira dan fokus terhadap kerjanya lebih baik daripada sebelum ini.

"Setakat ini saya boleh katakan seratus peratus dia akan bersama kami," ujar Mourinho.

Manchester United bakal bertemu kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid pada Ahad dalam aksi pra musim.

"Mana-mana pemain yang tidak beraksi ketika bertemu Manchester City (Jumaat) akan diturun pada perlawanan ini.

"Timothy Fosu-Mensah, Axel (Tuanzebe), (Matteo) Darmian, (Dimitri) Mitchell. Saya akan masukkan mereka dan beri rehat kepada pemain-pemain lain kerana pra musim tidak akan dikira, dan sesetengah mereka telah bermain 75 minit ketika bertemu City.

"Kita tidak akan dapat latihan yang lebih baiks elain bermain dengan pasukan hebat, tetapi apa yang penting adalah keputusan yang baik, setiap minit yang saya berikan kepada pemain.

"Kami bermain tiga perlawanan dengan tiga sistem yang berbeza. Kami akan mendapat penilaian langkah demi langkah, dan ujian ini adalah yang paling tepat.

Pada perlawanan bertemu City, United berjaya mencatat kemenangan 2-0.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sah Sarung Jersi Roma

Artikel Lain