suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Pengerusi Felda: Alor Setar Rangkul Juara

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Felda Wilayah (PBFW) Alor Setar mempamerkan semangat melawan yang tinggi untuk menewaskan PBFW Kuantan dalam aksi final Piala Pengerusi Felda 2017 yang berlangsung pada Sabtu.

Lawan meraih jaringan awal apabila dihadiahkan sepakan penalti ketika perlawanan bermula beberapa minit menyebabkan Alor Setar tersentak.

Bagaimanapun usaha Alor Setar kendalian Abd Rasid Wahab memburu gol penyamaan akhirnya berhasil di hujung babak pertama bagi membolehkan kedudukan 1-1.

Mereka menambah dua lagi gol pada baki 45 minit kedua untuk mengesahkan kejuaraan pertama di Piala Pengerusi Felda 2017.

"Lawan mendahului menerusi penalti ketika pemain saya masih belum tenang sepenuhnya. Namun saya gembira mereka tidak mudah mengalah dan cuba memburu gol penyamaan secepat mungkin.

"Ini adalah kejuaraan pertama kami sejak mula mencuba pada edisi pertama 2014. Saya sangat gembira pemain akhirnya mampu muncul juara walaupun sasaran awal adalah separuh akhir. Ini adalah bonus untuk kami," tambahnya.

Kejayaan menumbangkan Kuantan 3-1 di Padang Pancarona, Putrajaya membolehkan Alor Setar membawa pulang Piala Pengerusi Felda 2017 dan wang tunai berjumlah RM30,000 manakala naib juara meraih RM15,000.

Edisi keempat kejohanan membabitkan 11 pasukan dari tanah rancangan Felda dari seluruh negara serta pasukan Akademi Bolasepak Felda (ABF) yang bermula sejak Mei lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain