suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pra Musim: Chelsea Menang 3-0 Ke Atas Arsenal

CHELSEA memulakan kempen pra musim dengan bergaya apabila menang 3-0 ke atas Arsenal di Stadium National Beijing.

Skuad Antonio Conte beraksi lebih fokus mengetepikan Arsenal selepas tewas pada pertemuan terakhir Piala FA musim lalu.

Pemain sayap The Blues, Willian membuka jaringan perlawanan minit ke-40.

Namun, tiga minit sebelum babak pertama berakhir, gawang Arsenal sekali lagi bolos dengan jaringan oleh Michy Batshuayi.

Seperti belum puas dengan dua jaringan, Chelsea terus mengasak benteng pertahanan Arsenal dan Batshuayi sekali lagi menjadi punca jaringan ketiga dicatat pada minit ke-49.

Serba tidak kena dengan skuad Arsene Wenger biarpun beberapa pertukaran dibuat.

Chelsea menamatkan perlawanan ini dengan keputusan kekal 3-0 sebelum wisel dibunyikan oleh pengadil Fu Ming.

Senarai pemain:

Chelsea : Courtois (Caballero); Azpilicueta (Scott), David Luiz (Christensen), Cahill (Clarke-Salter), Moses (Tomori), Kante (Pasalic), Fabregas (Baker), Alonso (Remy); Willian, Batshuayi, Pedro (Boga)

Arsenal: Ospina, Maitland-Niles (Elneny), Mertesacker (Koscielny), Monreal (Kolasinac), Oxlade-Chamberlain, Ramsey, Xhaka (Coquelin), Bramall (Welbeck), Ozil, Iwobi, Lacazette (Giroud).

Chelsea, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain