suria

Mustahil Ronaldo Kembali Ke Old Trafford

Ronaldo memperkuat United sejak 2003 hingga 2009.

JOSE Mourinho menolak sebarang kemungkinan untuk membawa Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United dengan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang mustahil.

Masa depan Ronaldo bersama Real Madrid terus menjadi tanda tanya selepas pemain itu didakwa atas pertuduhan cuba mengelak cukai bernilai 12.9 juta pound sterling.

Bintang Portugal itu dijangka hadir ke mahkamah pada hujung bulan ini.

Ronaldo didakwa berang dengan dakwaan tersebut.

Timbul khabar angin bahawa Ronaldo telah mengadakan perbincangan secara rahsia dengan Presiden Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi sebelum Madrid mempertahankan trofi Liga Juara-Juara dengan menundukkan Juventus bulan lalu.

Pada masa sama, Ronaldo turut dikaitkan dengan kepulangan semula ke Old Trafford, kelab yang diperkuatnya selama enam musim.

Mourinho pernah bekerjasama dengan Ronaldo di Bernabeu selama tiga tahun dan kedua-duanya berkongsi ejen yang sama, Jorge Mendes.

Namun Mourinho percaya harga terkini Pemain Terbaik Dunia 2016 itu diluar kemampuan United.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain