suria

Tiada Lagi Dakapan Manja, Senyuman Ceria Lowery

TIADA lagi senyuman ceria, dakapan manja seorang kanak-kanak yang sentiasa mencuri perhatian semua pemain dan penyokong di Sunderland.

Wajahnya sentiasa tersenyum yang langsung tidak menunjukkan Bradley Lowery menderita penyakit tumor hemoragik malignan (neuroblastoma) sejak 2013.

Lowery yang berusia enam tahun meninggal dunia pada Jumaat selepas hampir empat tahun didianogsis menghadapi penyakit neuroblasma.


Penyokong kecil Sunderland itu telah meninggalkan kesan mendalam di hati semua pemain, lebih-lebih lagi bintang kesayangannya, Jermain Defoe.

Dia menganggap Defoe yang kini beraksi bersama Bournemouth sebagai 'kawan baik' dan mereka sentiasa menghabiskan masa bersama.


Malah  sebelum iniThe Toffees turut menyumbangkan 200,000 pound kepada keluarga Lowery bagi menjalani rawatan di Amerika Syarikat.

Kehilangan Lowery ini bukan sahaja dirasai seluruh Sunderland, sebaliknya turut terpalit kepada skuad England.

Pemain-pemain Sunderland turut memberi penghormatan terakhir kepada Lowery sebelum perlawanan pada Jumaat.

Lowery pernah menjadi pengiring kanak-kanak kepada skuad England, dan sudah pastinya bersama Defoe.

Sepanjang prose rawatan, Defoe tidak pernah terlupa untuk melawat dan melayan Lowery di hospital.

Penghormatan penyokong Sunderland kepada Lowery.

"Setiap hari saya bercakap dengan keluarganya. Sungguh terharu melihat keadaan Lowery yang berjuang dalam mengharungi detik hidupnya," ujar Defoe.

Sebagai penghormatan kepada kanak-kanak kecil berjiwa cekal itu, Lowery turut hadir pada majlis Anugerah Personaliti Sukan 2016.

Lowery, Defoe

Artikel Sebelum

Artikel Lain