suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala Malaysia: Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

KUALA LUMPUR: Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas UiTM FC pada aksi Kumpulan C di Stadium UiTM, Shah Alam, Jumaat malam.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad Lang Merah terus mengungguli carta kumpulan dengan kutipan enam mata.

Lima gol Kedah dijaringkan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ketiga, Liridon Krasniqi (minit ke-43), Ken Ilso Larsen (minit ke-80), Sandro Da Silva Mendonca (minit ke-90) dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa pada penghujung perlawanan.

Juara tujuh kali, Perak turut meneruskan rentak kemenangan selepas menang bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur dalam Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Tiga gol skuad ‘The Bos Gaurus’ dijaringkan dua pemain import mereka, Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-59 dan 83, serta gol daripada Leandro Dos Santos pada minit ke-72.

Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 3-3 menentang wakil kelab, T-Team dalam aksi Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tiga gol skuad Rusa dijaringkan Bruno Suzuki pada minit ketiga, Jonathan Behe (minit ke-23) dan Farderin Kadir pada minit ke-83.Sementara, tiga gol T-Team disumbangkan Muhamad Fakhrurazi Musa pada minit ke-74, sepakan penalti oleh Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, selain gol sendiri pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-53.

Naib juara Piala FA 2017, Pahang terus dirundung malang apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan Liga Perdana, PKNP FC dalam aksi Kumpulan A di Stadium Perak, Ipoh.

Matheus Alves Leandro terlebih dahulu meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-51 sebelum Mohamad Hafiz Ramdan menyamakan kedudukan untuk PKNP FC pada minit ke-80.

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim turut meraih satu mata selepas terikat tanpa jaringan menentang Terengganu dalam aksi Kumpulan D di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga lagi aksi Piala Malaysia melibatkan pertemuan PKNS FC dan Felda United (Kumpulan B); Melaka United berdepan Kelantan (Kumpulan C) serta aksi Kumpulan D antara Sarawak dan Selangor akan berlangsung esok.

Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain