suria

Messi Terselamat

BINTANG Barcelona, Lionel Messi tidak akan dipenjarakan walaupun didapati bersalah berhubung kes penipuan cukai.

Pemain berusia 30 tahun itu yang disiasat sejak dia dan bapanya didapati bersalah atas tiga kesalahan menipu pihak berkuasa Sepanyol pada Julai 2016, hanya membayar denda bagi mengelakkan hukuman tersebut.

Bayaran denda itu akan menyaksikan hukuman Messi dibatalkan, sekali gus Messi dan bapanya terselamat daripada dipenjarakan.

Mereka berdua didapati bersalah mengelak cunia sebanyak 3.59 juta pound sterling apabila menyembunyikan pendapatan daripada keuntungan iklan di dalam sebuah akaun di bank persisiran pantah di Uruguay dan Belize bermula 2007 hingga 2009.

Pemain kelahiran Argentina dan pemenang Ballon d'Or itu dijatuhi hukuman penjara selama 21 bulan pada 2016 tetapi tidak menjalani hukuman tersebut.

Undang-undang Sepanyol membenarkan pelaksanaan hukuman digantung, sekali gus membolehkan pesalah dipantau jika hukuman penjara kurang daripada dua tahun.

Messi cuba mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu pada Mei lalu tetapi gagal.

Sebaliknya, pemain tersebut dikenakan denda sebanyak 221,000 pound sterling manakala bapanya, Jorge perlu membayar 160,000 pound. - Mirror.uk


Lionel Messi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain