suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat Mahrez Berkecai, Arsenal Tukar Sasaran

IMPIAN Riyad Mahrez dari Leicester City untuk menyarung jersi Arsenal pada musim depan hancur berkecai apabila kelab London itu dikatakan tidak berminat mendapatkan khidmatnya di Emirates.

Ini kerana The Gunners telah mengemukakan tawaran kepada pemain sayap Monaco, Thomas Lemar yang beraksi cemerlang membantu kelab Perancis itu menjuarai Ligue 1 dan mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara pada musim lepas.

Perkembangan itu sekali gus menunjukkan Arsenal sudah hilang minat mendapatkan khidmat Mahrez yang muncul sebagai Pemain Terbaik PFA 2016.

Tambahan lagi, harga yang ditetapkan Leicester iaitu sebanyak 50 juta pound sterling dilihat terlalu mahal berbanding Lemar yang berharga 40 juta pound sterling.

Tawaran ke atas Lemar menyebabkan Mahrez berasa berang dengan Leicester kerana meletakkan harga yang terlalu tinggi sehingga Arsenal enggan meneruskan rundingan.

Pemain kelahiran Algeria itu juga terpaksa akur kembali berlatih bersama Leicester walaupun dia mendakwa telah mencapai persetujuan dengan juara Liga Inggeris musim 2015-2016 itu untuk berhijrah ke kelab lain. - Mirror.uk

Arsenal, Riyad Mahrez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lukaku Milik Siapa?

Artikel Lain